fbpx

Selepas Hot FM, Shuib ‘lepaskan’ Sepahtu, -“Keputusan ini bukan sebab kontroversi tahun lalu..”

Jika semalam, pelawak yang kini bergelar usahawan, Shuib telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi penyampai radio di saluran Hot FM setelah hampir dua tahun berkhidmat, dia juga khabarnya bakal berehat seketika daripada penglibatan dalam dunia seni iaitu keluar daripada kumpulan Sepahtu.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37, keputusan itu telah diambil bagi memberikan sepenuh komitmen terhadap perniagaannya yang kini semakin berkembang maju.

Tambahnya lagi, dia ingin berehat seketika daripada dunia seni dan tidak menganggap kontroversi hebat yang dialaminya tahun lalu sebagai faktor utama dirinya mengambil keputusan tersebut.

Sepahtu

“Keputusan ini dibuat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu. Sekarang tumpuan saya adalah untuk fokus pada perniagaan dahulu dan saya pun tak boleh nak cakap tempoh masa berapa lama saya akan berehat nanti.”

Dia yang sebelum ini mengumumkan persaraan daripada menjadi hos radio Hot FM menerusi siaran Geng Pagi Hot semalam dijangka akan tamat perkhidmatan pada hari Jumaat ini.

Shuib dalam pada itu meluahkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang setia mendengar celotehnya bersama dua rakan penyampai yang lain iaitu Shuk dan Fizie.

Mengimbas kembali, Shuib yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai selebriti Jep, Rahim dan Pak Ya pernah menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum beralih ke Hot FM pada bulan Februari 2019 yang lalu. Dia dan isteri yang juga penyanyi kini sedang mengusahakan kedai minuman berasaskan madu yang diberi nama BubbleBee dan telah pun membuka cawangan hampir di seluruh negara.

Sumber: Beautifulnara

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »