fbpx

Wajah dan penampilan dipersenda, ini kata Kavita dan Norlia

Beberapa hari lalu panas di laman sosial Twitter apabila tiba-tiba nama Norlia Ghani menjadi trending gara-gara seorang individu dikatakan menyindir pelakon veteran.

Menerusi posting tersebut, individu berkenaan memuat naik status membandingkan kejelitaan aktres dan model, Kavita Kaur Sidhu yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia Ghani.

Namun begitu, pelakon veteran itu tidak mudah melatah.

Katanya dalam slot Geng Pagi Hot FM, Norlia yang lebih mesra dipanggil mama itu akui dirinya bukan seorang yang aktif di media sosial.

“Cucu mama tunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama mama yang trending hari ini. Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial. Mama tidak ambil ambil ‘pot’ (serius). Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

Manakala, bagi Kavita pula, beliau memohon orang ramai supaya tidak merendahkan orang lain.

Menerusi postingnya di laman Intagram, beliau sangat kecewa dengan tweet berkenaan.

“Kita kena sentiasa saling bersikap baik. Saya rasa sangat kecewa apabila saya membaca tweet yang kini viral mengenai Puan Norlia Ghani dan saya. Tolong berhenti merendahkan sesiapa. Hormatilah beliau sebagai senior, bintang filem veteran dan sebagai ibu. Berhenti ulang kicau menghina wanita lain. Bagaimana perasaan jika netizen mengatakan perkara yang menyakitkan hati terhadap ibu, ibu saudara, rakan korang? Harap berhati-hati dengan apa jua yang kita katakan. Puan Norlia Ghani adalah ibu rakan saya,” tulisnya.

Walaupun posting tersebut telah dipadam pemiliknya, rata-rata warganet kesal dengan kejadian berkenaan yang seolah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang telah memberi banyak sumbangan kepada industri seni.

Jadi, hiasilah kehidupan kita di dunia dengan melakukan perkara yang memberi manfaat kepada semua orang termasuk diri sendiri.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews