fbpx

Majlis nikah secara atas talian, Nana Al-Haleq kini bergelar isteri

PENGACARA dan selebriti kecergasan popular, Nana Al-Haleq kini selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Nik Mohd Fadhil menerusi majlis pernikahan yang berlangusng secara atas talian pada Selasa.

Nana, 33, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto hari bahagianya itu.

Menurutnya, keputusan melangsungkan majlis pernikahan secara atas talian itu dilakukan pada saat-saat akhir selepas perancangan untuk bernikah di Pejabat Agama ditangguhkan apabila negara sekali lagi berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan-ucapan sempena majlis perkahwinan kami.

“Kami sendiri juga seperti tidak percaya kami akhirnya berkahwin. Kami telah berbincang dan merancang mengenai perkahwinan ini sejak setahun yang lalu.

“Kami sepatutnya dijadualkan untuk bernikah di pejabat agama kerana ketika itu Selangor masih lagi dalam tempoh PKPB. Kemudian PKP 2.0 diumumkan dan keputusan untuk bernikah secara atas talian hanya dibuat tiga hari yang lalu keran kami tidak mahu lagi menangguhkannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nana meluahkan rasa syukur majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan sempurna.

“Kami berasa sangat bersyukur kerana majlis ringkas kami telah dipermudahkan meskipun segalanya hanya dirancang pada saat-saat akhir.

“Kami berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang turut hadir bersama di majlis pernikahan online kami hari ini meski pun baru mendapat perkhabaran tersebut pada tengah hari semalam,” katanya lagi.

Perkhabaran gembira itu turut diraikan peminat dan rakan-rakan selebriti lain yang turut menitipkan ucapan dan doa agar perkahwinan Nana dan suami diberkati berbahagia sehingga ke Jannah.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews