fbpx

Mangsa banjir Sabah kekal 443 orang pagi Khamis

Foto: Kosmo

KOTA KINABALU: 21 Jan  — Jumlah mangsa banjir Sabah kekal seramai 443 orang daripada 134 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah mangsa banjir di empat daerah iaitu Beaufort, Kota Belud, Papar dan Tenom tidak berubah seperti yang direkodkan sehingga tengah malam tadi.

Beaufort merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 247 orang daripada 76 keluarga yang ditempatkan di dua PPS, diikuti Kota Belud (129 orang daripada 35 keluarga); Papar (41 orang daripada 18 keluarga) dan Tenom (26 orang daripada lima keluarga).

Sebanyak lapan PPS masing-masing tiga di Kota Belud, Kota Kinabalu (dua), Tuaran (dua) dan satu di Paitan ditutup semalam.

Secara keseluruhannya, sebanyak 111 kampung masih terjejas banjir setakat ini, selain hujan di beberapa daerah termasuk Kota Belud dan Beaufort.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews