fbpx

Ramai terkejut Jungkook BTS ada banyak tatu

Seoul: Hiasan tatu di tubuh anggota BTS, Jungkook menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Selama ini, dia menutup tatu di tangannya dengan mengenakan baju lengan panjang.

Bagaimanapun, baru-baru ini kelihatan beberapa tatu termasuk logo BTS dan nama panggilan untuk peminat BTS, Army di bahagian belakang tapak tangannya.

Ini membuatkan peminat percaya Jungkook sebenarnya memiliki beberapa tatu lain terutama di tangannya. Perkara ini terbongkar menerusi acara variety Run BTS! yang disiarkan di WeVerse baru-baru ini.

Dalam acara ini, cef terkenal Korea Selatan, Baek Jong Won tampil memasak bersama Jungkook dan anggota BTS yang lain.

Untuk lebih selesa, Jungkook menyingsing lengan bajunya sehingga menampakkan tatu yang memenuhi tangannya.

Pendedahan ini sekali gus membuatkan peminatnya terkesima sehingga menjadi bualan dalam kalangan mereka.

Ada yang menyifatkan tatu ini cantik dan unik.

Bagaimanapun reaksi netizen Korea Selatan berbeza-beza kerana ada yang suka dan ada sebaliknya.

Ia kerana masih ada segelintir pihak yang melihat tatu dengan pandangan yang negatif.

Ditambah lagi, apabila tampil di kaca televisyen, bahagian yang menampakkan tatu akan dipudarkan. Segelintir peminatnya yang kecewa mempersoalkan mengapa Jungkook sanggup membuat tatu di tubuhnya. Mereka menyifatkan dia merosakkan tubuhnya dengan perbuatan ini.

Bagaimanapun ada juga yang membelanya dan menyifatkan selera setiap orang berbeza.

“Dia melakukan untuk dirinya sendiri. Jadi diharapkan dia boleh menunjukkannya tanpa perlu ditutupi,” kata seorang netizen seperti dilaporkan Koreaboo.

Sumber: Harian Metro

Foto: Mstar

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts