fbpx

5 lelaki terbabit judi dalam talian ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian menerusi serbuan di sebuah kondominium di Seputeh, di sini, semalam.

Semua suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata dalam serbuan jam 5.15 petang itu polis turut merampas empat unit telefon bimbit, enam monitor komputer, tiga pemprosesan komputer (CPU), tiga papan kekunci, tiga tetikus serta satu akses dan dua modem.

“Siasatan awal mendapati, rumah itu dijadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti judi dalam talian bagi pasaran Korea.

“Difahamkan, sindiket itu menggunakan aplikasi Telegram dan beroperasi 24 jam setiap hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti judi haram.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews