fbpx

Jalan 5/46 Gasing Indah dibuka berjadual – Nik Ezanee

Foto: The Straits Times

PETALING JAYA: Jalan 5/46 Gasing Indah di sini, akan dibuka secara berjadual, bersyarat dan terhad bagi sesi persekolahan yang bermula, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kelepasan terhad pada Isnin hingga Jumaat antara 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

“Kelepasan itu dibenarkan kepada penjaga (hanya dibenarkan seorang) bersama pelajar menaiki kenderaan persendirian, guru yang mempunyai pas, kakitangan sekolah bertugas dan bas serta van sekolah membawa pelajar.

“Pastikan surat kebenaran daripada pihak sekolah dibawa bersama,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Nik Ezanee berkata, pegawai dan anggota polis bertugas akan memeriksa pergerakan setiap kenderaan melalui kawasan itu.

Beliau memberi amaran keras kepada orang ramai yang tidak layak supaya tidak mengambil kesempatan melepasi laluan itu dan jika ingkar tindakan undang-undang akan diambil mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis menutup Jalan 5/46 Gasing Indah yang bersempadan dengan Jalan Pantai, Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews