fbpx

Kontraktor rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud

KUANTAN: Seorang kontraktor di Jerantut terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada jam 3.30 petang, mangsa yang berusia 23 tahun berurusan dengan seorang lelaki bagi urusan pinjaman wang.

“Selepas membuat perbincangan mangsa mahu membuat pinjaman berjumlah RM20,000. Seterusnya suspek meminta mangsa membayar wang proses berjumlah RM700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat pindahan wang sebanyak RM700 menggunakan perbankan internet ke dalam satu akaun yang diberikan suspek.

“Seterusnya mangsa di minta beberapa kali membuat pembayaran bagi kelulusan pinjaman. Mangsa membuat enam transaksi dengan jumlah keseluruhan RM9,350 ke dalam dua akaun berbeza.

“Selepas memasukkan kesemua bayaran berkenaan, mangsa mendapati pinjaman masih lagi tidak diterima.

“Mangsa meminta suspek mengembalikan wang itu namun suspek enggan memulangkannya. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, semalam,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews