fbpx

Adele, suami akhirnya bercerai

SELEPAS dua tahun tidak tinggal bersama sejak 2019, penyanyi Adele akhirnya mencapai kata sepakat bersama suaminya, Simon Konecki untuk bercerai.

Menurut laporan US Weekly, Adele mengemukakan tuntutan perceraian di mahkamah pada 15 Januari lalu dan hanya menunggu hakim menandatangi dokumen yang mengesahkan perceraian mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Adele mahupun suaminya masih bertindak mengunci mulut daripada berbicara soal perceraian mereka.

Sumber terdekat kepada penyanyi yang popular menerusi lagu All I Ask itu memberitahu, walaupun telah bercerai, kedua-dua mereka tetap menjalin hubungan baik untuk anak lelaki tunggal mereka, Angelo Adkins yang kini berusia sembilan tahun.

Adele dan Simon bercinta sejak 2011 sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berkahwin pada 2016.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews