fbpx

Bilik siasatan jenayah narkotik terbakar

Foto: Kosmo

GEORGETOWN: Bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, terbakar, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.55 pagi tadi.

Susulan itu, beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Lebuh Pantai dan BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan bilik siasatan di tingkat empat.

“Kebakaran kira-kira 40 peratus itu memusnahkan fail, komputer, peralatan pejabat dan foto,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal kebakaran.

Kejadian dilapor tiada membabitkan mangsa, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Keadaan bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat IPD Timur Laut yang terbakar, hari ini. – Foto: Ihsan JBPM


Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews