fbpx

e-hailing makanan hantar e-rokok

Foto: Berita Harian SG

KUALA LUMPUR: Mengambil peluang ketika orang ramai kini lebih selesa melakukan urus niaga dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah syarikat e-hailing dikesan turut menawarkan produk e-rokok dan vape menggunakan platform itu.

Lebih dikenali sebagai syarikat penghantaran makanan namun iklannya di media sosial kali ini lain daripada yang lain dengan menawarkan pelbagai jenama produk e-rokok dan vape termasuk aksesorinya.

Berdasarkan maklumat di iklan itu, syarikat berkenaan bekerjasama dengan beberapa kedai terbaik e-rokok dan vape di negara ini untuk memastikan pelanggan mendapat bekalan mengikut citarasa, 24 jam sepanjang hari.

Iklan berkenaan turut memaparkan beberapa jenama perisa dengan pilihan rasa dan aksesori ditawarkan stokis.

Selain menawarkan pesanan e-rokok dan vape, ada juga kartrij, sistem pod serta banyak aksesori lain seperti bateri dan pengecas untuk pelanggannya yang melayari laman sesawang syarikat itu.

Sedangkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Peraturan 10A, tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau secara dalam talian.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Timbul juga persoalan sekiranya pelanggan yang membuat pesanan di atas talian adalah dalam kalangan di bawah umur, bagaimana caranya syarikat e-hailing berkenaan mahu memantau perkara itu.

Difahamkan ketika ini, cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin berada dalam kawalan mengikut Akta Racun 1952.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews