fbpx

Shuk Sahar sah digantung perkhidmatan sementara di Hot FM

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk digantung serta merta.

Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.

Dimaklumkan juga, perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah membuat pendedahan berani.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah menerusi Intagramnya mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih lagi menjalin huhungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Shuk dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews