fbpx

Perlu dokumen rentas negeri, ebanjir hulur bantuan

Foto Hiasan

KUANTAN: Syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari luar Pahang yang merancang menghantar bantuan bencana kemanusiaan ke negeri itu perlu mengemukakan dua dokumen sebelum dibenarkan merentas negeri.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dua dokumen yang diperlukan itu adalah pengesahan surat kelulusan merentas negeri dan sistem ebanjir.gov.my.

Menurutnya, kedua-dua dokuken itu perlu dipamerkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan negeri sebelum dibenarkan meneruskan misi penghantaran bantuan.

“Berdasarkan laporan, ada penyumbang hanya mempunyai surat kebenaran merentas negeri tetapi gagal mengemukakan bukti pengesahan ebanjir.gov.my yang menyebabkan kita tidak dapat membenarkan mereka masuk ke negeri ini.

“Bagaimanapun, disebabkan sudah berada di sempadan negeri pada waktu malam, mereka terpaksa menunggu sehingga keesokannya untuk mengisi dokumen ebanjir.gov.my.

“Kelulusan itu penting untuk memudahkan pihak berkuasa untuk menentukan daerah yang akan menerima bantuan kerana tidak mahu semua bantuan hanya dihantar ke daerah tertentu sahaja,” katanya semalam.

Pada 23 Januari lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menetapkan penghantaran bantuan bencana kemanusiaan dari luar Pahang perlu mendapat kelulusan menerusi sistem ebanjir.gov.my.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa kebenaran rentas negeri daripada PDRM turut diperlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews