fbpx

Awas serangan siber: Trend Micro

Foto: Forbes

KUALA LUMPUR: Trend Micro, penggiat global dalam keselamatan siber, hari ini menggesa kerajaan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman serangan siber ke atas infrastruktur negara yang boleh mendedahkan data sensitif dan maklumat peribadi.

Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia dan Nascent Countries, Goh Chee Hoh berkata, adalah penting bagi agensi-agensi kerajaan untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan semua saluran sensitif diawasi manakala sistem dan aplikasi telah dikemaskini dengan aspek keselamatan terkini.

“Langkah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber baru-baru ini, membuktikan kepentingan untuk mengawasi dan menjaga data, infrastruktur dan sistem teknologi maklumat (IT) negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Trend Micro menyenaraikan pasti beberapa amalan keselamatan terbaik termasuk memastikan semua perkakasan dan perisian dikemaskini dengan aspek keselamatan dan penggunaan kata laluan yang kukuh.

Organisasi juga perlu memastikan pekerja mereka dipersiap dengan amalan keselamatan siber terkini dan menggerakkan pelan luar jangka serta sokongan bagi meminimumkan kemungkinan kehilangan data dan maklumat lain.

Goh berkata, ancaman aktiviti pencerobohan sistem oleh kumpulan seperti Anonymous Malaysia baru-baru ini juga merupakan cabaran terbesar bagi kalangan profesional terbabit dan memerlukan mereka sentiasa bersedia untuk dipanggil bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

“Oleh kerana agak mustahil untuk menentukan sasaran dan kaedah serangan itu, adalah penting untuk mereka terbabit sentiasa bersedia bagi menyelesaikan isu ini serta memastikan sebarang pencerobohan itu adalah bagi tempoh sesingkat mungkin,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews