fbpx

CSM berdepan cabaran kawal jenayah siber

Foto: Forbes

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (CSM) mengakui berdepan cabaran untuk mengawal kegiatan jenayah siber berikutan ciri-ciri internet yang pantas dan boleh berlaku tanpa sempadan.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, ini termasuk, faktor kecanggihan teknologi, internet dan kepakaran penjenayah sehingga mampu melindungi identiti peribadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan kawalan terhadap jenayah itu dapati diatasi.

“Apabila menyentuh untuk menjejak (penjenayah) sebenarnya ini cabaran yang kami hadapi kerana alam maya yang dicipta tanpa nama. Selain itu, ciri-ciri internet yang tidak mempunyai nama, laju dan berlaku dengan pantas serta bersifat tanpa sempadan menyukarkan kita mengambil tindakan tertentu.

Mereka memahami aspek teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan ciri-ciri itu yang membolehkan mereka mengambil kesempatan untuk melindungi diri daripada diburu pihak berkuasa.

“Kebanyakan penjenayah juga memahami penggunaan internet dan oleh sebab itu, mereka tidak guna alamat IP sebenar di mana mereka guna IP penyamaran. Ini lebih mencabar bukan sahaja untuk CSM, tetapi semua pihak berkuasa di dunia,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.

Jumaat lalu, kumpulan penggodam muncul semula dengan mesej kedua, amaran yang ditujukan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia mengenai kebocoran data yang semakin berleluasa.

Mesej ini muncul tiga hari selepas kumpulan penggodam terbabit memuat naik mesej pertama berkaitan perkara yang sama.

Dalam pada itu, Amirudin menasihatkan agar semua pentadbir sistem teknologi maklumat untuk memastikan sistem aplikasi yang digunakan sentiasa dikemaskini selain mengambil langkah pengukuhan yang sewajarnya.


Jelas beliau, semua organisasi juga disarankan untuk memasang perisian keselamatan seperti ‘antivirus’ bagi memastikan sistem teknologi sentiasa berada dalam kadaan selamat.

“Kepada masyarakat pula, kami sarankan untuk sentiasa amalkan penggunaan internet yang baik dengan memastikan kata laluan bagi maklumat peribadi dibuat dengan selamat dan kukuh agar tidak mudah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Selain komputer riba, telefon bimbit juga perlu dipasang perisian ‘antivirus’ untuk melindungi data atau maklumat peribadi agar tidak mudah diceroboh serta elakkan menggunakan wifi awam untuk membuat transaksi perbankan dalam talian,” katanya.


Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews