fbpx

Minzy dedahkan asalnya lagu “As If It’s Your Last” bukan dicipta untuk Blackpink tapi…

BUAT Blinks pasti anda pernah mendengar lagu As If It’s Your Last nyayian Blackpink yang popular pada tahun 2019.
Namun lagu tersebut asalnya bukan ditulis untuk kumpulan yang dianggotai oleh Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie.
Itu yang dimaklumkan oleh bekas anggota 2NE1, Minzy semasa muncul sebagai tetamu di ‘Show Radio Radio Park Myung Soo’ KBS Cool FM, pada Isnin.
 
Minzy REVEALS BLACKPINK's As If It's Your Last Originally a 2NE1 Song -  YouTube
Itu yang dimaklumkan oleh bekas anggota 2NE1, Minzy semasa muncul sebagai tetamu di ‘Show Radio Radio Park Myung Soo’ KBS Cool FM, pada Isnin 
 
Menurutnya lagu tersebut dicipta untuk kumpulannya dan mereka sudah bersedia untuk merakamkan lagu tersebut.
 
Namun mereka membuat keputusan untuk tidak merakamkan lagu tersebut kerana terdapat banyak lagu yang lebih bak untuk kumpulannya pada masa itu.
 
Menurut laporan All Kpop, lagu itu diusulkan kepada mereka ketika kumpulan itu sedang menyiapkan album Come Back Home.
 
Pada masa sama, Minzy turut menyatakan semasa temu bual bahawa lagu kegemarannya dalam album tersebut ialah ‘I Am The Best’ yang merupakan salah satu lagu popular 2NE1 pada tahun 2011.
 
Minzy yang masih aktif sentiasa mengemas kini perkembangan peribadinya di media sosial.
 
Lagu As If It’s Your Last kini mempunyai 952 juta tontonan di laman YouTube.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews