fbpx

Perkhidmatan LRT antara Putra Heights, Taman Perindustrian Puchong kembali pulih

KUALA LUMPUR: 5 Feb — Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Sri Petaling dari Stesen Putra Heights ke Stesen Taman Perindustrian Puchong kembali pulih pada pukul 9.03 pagi tadi selepas mengalami gangguan seawal pukul 5.35 pagi.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan perkhidmatan kendalian Rapid Rail Sdn Bhd itu berlaku ekoran bekalan elektrik terputus, sekali gus menyebabkan tiada bekalan kuasa untuk menggerakkan tren.

Susulan itu, perkhidmatan bas percuma telah disediakan oleh pihak Rapid Rail Sdn Bhd bagi menggantikan perkhidmatan tren itu.

“Rapid KL kesal dengan insiden yang telah terjadi dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews