KUALA LUMPUR: 8 Feb — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: BERNAMA