fbpx

Nasib badan

KUALA LUMPUR: Pemain beregu berpengalaman, Vivian Hoo tidak menyangka Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil tindakan drastik menggugurkannya daripada skuad negara ketika masih ada misi belum selesai dilunaskannya. Pemenang tiga pingat emas temasya Komanwel itu mengakui terkejut dengan berita pengguguran itu, namun dia tidak berputus asa dan berharap BAM memberikannya peluang menyertai sirkit kejohanan di Eropah, […]

Gempa bumi sederhana gegar rantau kepulauan Filipina

KUALA LUMPUR: 8 Feb — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA

Berpaut pada gear

AMSTERDAM: Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan yang boleh diberikan kepada seorang remaja yang terselamat selepas berpaut pada bahagian gear pendaratan sebuah pesawat dari London ke Belanda. Apa yang lebih mengejutkan, remaja itu mampu bertahan dalam suhu sejuk melampau ketika menjadi ‘penumpang haram’ pesawat berkenaan. Evening Standard melaporkan remaja berusia 16 tahun itu ‘menumpang’ pesawat itu […]

Suspek kes pembuangan haram sisa kimia di rezab Sungai Langat diberkas

KUALA LUMPUR: 7 Feb — Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis telah memberkas suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan haram sisa kimia di rezab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang, Selangor pada 3 Feb lepas.  Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar yang memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini bagaimanapun tidak […]

Kwiknews