fbpx

Kereta mewah, kelab mewah

Foto: Facebook Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baharu di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, dalam video itu juga, Sumerah meminta pemandu kereta itu untuk membawanya ke kelab terbaik di Malaysia.

“Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia,” kata pemain kelahiran Gambia itu.

Sebelum ini, perkhabaran perpindahan Sumareh ke JDT bertiup kencang terutama di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Untuk rekod, Sumareh sebelum ini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Lantas sejurus pulang ke tanah air, namanya terus dikaitkan dengan JDT.

Malah kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia meminta restu daripada Pahang untuk mengikat Sumareh nyata menguatkan lagi spekulasi itu.

SUMAREH (tengah) menyarung jersi nombor 13 bersama skuad Harimau Selatan. FOTO Facebook JOHOR Southern Tigers

Sementara itu, Tunku Ismail sedia menjadi ‘orang tengah’ pertelingkahan antara Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Menurut Tunku Ismail, keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengarahkan PBNP supaya membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Sumareh sememangnya cukup tinggi dan beliau akan cuba memujuk tonggak naturalisasi negara itu.

Urusan memujuk Sumerah atau lebih dikenali dengan jolokan Keli Boy itu mungkin mudah terutama selepas pemain sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaru JDT musim ini, sekali gus menjadikan Tunku Ismail ‘bos’ barunya.

“Terima kasih Pahang. Saya akan berunding dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail di ruangan balas Instagram.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews