fbpx

Shuib terpegun ramai datang temuduga

Kuala Lumpur: Pelawak popular, Shuib Sepahtu hilang kata-kata apabila melihat lebih 100 orang hadir untuk temu duga bagi mengisi jawatan kru atau pekerja di dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin.

Bagaimanapun, Shuib agak sedih kerana hanya 40 pekerja diperlukan bagi dua cawangan itu.

“Ramai datang dari setiap pelusuk Kelantan. Sedihnya rasa macam nak ambil kerja semua yang datang, tapi kekosongan buat masa hanya 40 saja.

“Semoga ada rezeki mereka dan terus tabah dengan keadaan sekarang. Insya-Allah, Allah maha besar, rezeki di mana-mana. Terima kasih sudi datang untuk sesi temu duga. Maaf jika ada kekurangan. Doakan kami dapat buka banyak lagi cawangan di Kelantan supaya ramai lagi peluang pekerjaan dapat diberikan,” katanya.

Lebih 100 orang hadir untuk temu duga di dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin.

Menurut Shuib, situasi itu memberi gambaran yang mana penularan wabak Covid-19 memberi kesan besar dalam kehidupan masyarakat.

“Apabila Ketua Pegawai Eksekutif cawangan itu menunjuk video dirakamkannya, saya terdiam sekejap. Ternyata, ramai orang terkesan ekoran Covid-19. Lagi satu mungkin juga gaji yang ditawarkan dari RM1500 juga dianggap tinggi. Jadi, itu yang ramai datang.

“Selain itu, kemudahan lain disediakan adalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan elaun. Bagi yang masih mencari pekerjaan, cawangan lain seperti di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor sedang mencari kru,” katanya.

Berkongsi lanjut, Shuib berkata, buat masa sekarang dia memiliki 33 cawangan dan beberapa tempat sedang dalam proses pengubahsuaian.

“Insya-Allah, selepas ini setiap minggu akan buka cawangan baru. Doakan usaha saya ini dipermudahkan sekali gus dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews