fbpx

Sunny risau suara tak sedap

PENYANYI kumpulan Girls’ Generation, Sunny sebelum ini pernah menyatakan kebimbangannya terhadap kualiti vokal sendiri.

Menjelaskan keadaan sebenar, penyanyi itu berkata, pengakuan tersebut bukanlah bermaksud dia bencikan suara sendiri.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Lee Soon-kyu itu mendedahkan, dia kerap berdepan situasi sukar menentukan kaedah nyanyian terbaik sesuai dengan kemampuan vokalnya.

“Sebenarnya ketika muncul dalam mana-mana program televisyen, saya malu untuk berkongsi perihal peribadi.

“Tetapi selepas membuat pendedahan tempoh hari, ramai orang fikir saya tidak sukakan suara sendiri. Terima kasih untuk itu, saya sekarang mampu membina keyakinan dan akhirnya tahu apa yang peminat fikirkan tentang saya,” katanya.

Pada masa sama, Sunny yang baru menginjak usia 30 tahun lebih mementingkan perubahan, berbanding mencuba imej atau konsep baharu dalam penampilan imejnya.

“Mungkin sebab saya memulakan debut pada usia terlalu muda, jadi saya kurang pengalaman. Saya mahu jadi matang dan ada kekuatan diri,” ujarnya.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts