fbpx

Ashleigh lupa persahabatan sementara atasi Daria

Foto: Jimmie48/WTA

MELBOURNE: Ashleigh Barty ketepikan persahabatan sementara untuk mencatat kemenangan straight set ke atas rakan senegara, Daria Gavrilova hari ini, ketika pemain nombor satu itu bangkit daripada prestasi tidak menentu di Terbuka Australia.

Pemain berusia 24 tahun itu kelihatan hilang fokus untuk meneruskan kemenangan sebelum mengatasi rakan sepasukan Piala Fed itu 6-1, 7-6 (9/7) dalam tempoh satu jam 32 minit.

Keadaan paha kiri Ashleigh berbalut tetapi dia kelihatan bergerak dengan mudah dalam kemenangan pusingan kedua menentang Daria yang berada di ranking ke-387.

“Ia tidak begitu serius,” kata Ashleigh merujuk kepada balutan itu.

“Saya masih cergas dalam keadaan sekarang.

“Apabila anda berdepan seorang lagi pemain Australia, ranking terpaksa diketepikan, jadi ia selalunya menjadi perlawanan yang sukar,” tambahnya.

Juara Terbuka Perancis 2019 hanya tercicir 10 mata untuk meneruskan pencapaian cemerlang 6-0, 6-0 di pusingan pertama ke atas pemain Montenegro, Danka Kovinic namun diberi tentangan sengit pemain wildcard, Daria.

Ashleigh beraksi di Rod Laver Arena dalam keadaan lembap pantas menyesuaikan diri untuk mengatasi lawan.

Dia yang mara ke separuh akhir di Terbuka Australia tahun lalu dijadualkan akan berdepan pilihan ke-29, Ekaterina Alexandrova dari Rusia di pusingan ketiga kejohanan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews