fbpx

Bayern sudah sedia julang Piala Dunia Kelab

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandoski bakal menjadi tumpuan pada aksi final Piala Dunia Kelab menentang kelab Tigres di Ar-Rayyan, Qatar. Foto: AFP

AL-RAYYAN, Qatar: Juara Eropah Bayern Munich bersemangat untuk melakar sejarah dengan menewaskan Tigres dari Mexico pada aksi final Piala Dunia Kelab di sini, awal pagi esok waktu Malaysia.

Kemenangan itu akan melengkapkan enam gelaran buat gergasi Jerman itu dalam tempoh 12 bulan.

Bayern berpeluang menjadi pasukan kedua selepas Barcelona pada tahun 2009 memenangi semua enam kejohanan domestik dan antarabangsa dalam tempoh semusim.

Gergasi Jerman itu sudah menjulang trofi Bundesliga, Piala Jerman, Liga Juara-Juara, Piala Super Jerman dan Piala Super UEFA tahun lalu.

Kapten Bayern, Manuel Neuer menegaskan mereka sudah bersedia untuk melakar sejarah seperti yang ditekankan pengendalinya Hansi Flick.

“Kami datang ke sini untuk memenangi kejuaraan. Ia akan melengkapkan sejarah kejayaan kelab Bayern Munich,” kata Flick.

Selepas menewaskan juara Afrika Al Ahly 2-0 pada separuh akhir, hanya Tigres yang mampu menjadi penghalang kepada impian skuad kendalian Flick.

Juara CONCACAF itu menewaskan gergasi Brazil, Palmeiras 1-0 dalam laluan ke final dan turut berharap dapat melakar sejarah tersendiri.

“Belum pernah kelab Mexico sampai sejauh ini, tetapi kami mahukan lebih lagi.

“Kami datang ke sini dengan harapan untuk menjulang trofi dan kini ia semakin hampir, kami amat bersemangat untuk mencapai impian kami,” kata penyerang Tigres, Carlos Gonzalez. — AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews