fbpx

Pahang tarik semula gelaran Datuk terhadap Farid Kamil, Boy Iman

ISTANA Pahang memaklumkan gelaran Datuk terhadap pelakon dan pengarah, Farid Kmail Zahari, 39, dan Nuroliman A Rahman atau Boy Iman, 41 telah ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Farid dan Boy Iman antara lima individu yang  ditarik balik gelaran Datuk berkuat dari tarikh surat penarikkan darjah kebesaran itu pada 1 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Penarikan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu turut melibatkan tiga penerima lain iaitu Wong Shee Kai @ Ricky; Tran Thi Mai @ Maimunah; dan pemimpin sebuah NGO, Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Dr Sallehuddin berkata, individu tersebut tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts