fbpx

‘Vaksin’ buat Harimau Malaya

Foto: Vocket FC

KUALA LUMPUR: Pengesahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bahawa sepak mula Liga Malaysia (Liga M) tetap akan berlangsung pada 5 Mac ini boleh dianggap sebagai ‘vaksin’ buat skuad Harimau Malaya menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan menyifatkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe mungkin ‘sakit’ untuk mengharungi kempen kelayakan itu sekiranya saingan Liga M tidak bermula pada Mac atau selewat-lewatnya awal April.

Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) berkata pemain memerlukan perlawanan kompetitif seperti saingan Liga M bagi mendapatkan kecergasan perlawanan pada tahap terbaik.

“Kalau liga tak mula dua bulan sebelum Jun, memang tiada peluang sebab pemain kena mendapat kercergasan perlawanan. Tidak ada yang boleh ambil satu bulan buat latihan pusat, selepas itu pergi ke UAE (Emiriah Arab Bersatu), tak boleh.

“Pemain kena main liga tempatan dulu, selepas lima atau enam perlawanan untuk sampai ke tahap kecergasan perlawanan terbaik yang mana kita boleh terima untuk aksi bola sepak Antarabangsa.

“Kecergasan pemain bukan saja fizikal, tapi mereka juga perlu ada kecergasan perlawanan yang mana aplikasi dan kemahiran mereka di atas padang mesti dalam 90 minit.

“Ramai orang tak faham, orang ingat satu bulan kita buat latihan lepas itu boleh pergi ke (kelayakan). Orang tak faham industri bola sepak memainkan peranan penting untuk pasukan kebangsaan.

“Orang yang betul faham bola adalah jurulatih, tapi orang selalu tak pandang pendapat seorang jurulatih. Kalau mereka tiada perlawanan sebelum kelayakan, hanya berlatih, tak guna,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

UAE dijangka menjadi tuan rumah untuk baki perlawanan Kumpulan G selepas beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand dilaporkan bersetuju untuk kempen kelayakan diadakan secara karnival di negara itu pada Jun ini susulan pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John sebelum ini menegaskan semua negara sudah kesuntukan masa dan baki perlawanan kelayakan perlu dihabiskan pada Jun.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan tiada sebarang perubahan mengenai tarikh sepak mula Liga M yang akan berlangsung pada 5 Mac ini.

Peluang itu tampak cerah apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada pasukan menjalankan program latihan berpusat atau secara kuarantin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Isnin ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews