fbpx

28 maut guna perkakasan elektrik tiada kelulusan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat penggunaan perkakasan elektrik tidak mempunyai kelulusan SIRIM-ST dan tidak mencapai standard ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, berkata kajian Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati bagi tempoh lima tahun lalu, anggaran purata jumlah kemalangan membabitkan elektrik adalah 52 kes setahun.

Beliau berkata, pada tahun lalu sebanyak 45 kes kemalangan berkaitan penggunaan perkakasan elektrik dilaporkan.

“Daripada jumlah 28 kematian itu, sebanyak 17 kes kemalangan tidak membabitkan kematian.

“Penggunaan peralatan elektrik tidak disahkan dan rosak adalah antara faktor kejadian kemalangan di premis domestik,” katanya pada pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan SIRIM-ST yang dilaksanakan secara maya, hari ini.

Kempen selama tiga bulan itu diterajui SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, dengan kerjasama ST, Persatuan Pengedar Alat Elektrik Malaysia (MEADA) dan Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia (FOMEDA).

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Abdul Razib Dawood.

Ahmad Fadzil berkata, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pengguna dan pemain industri mengenai kepentingan label SIRIM-ST pada peralatan elektrik dan elektronik (E&E), selain mengingatkan pengguna terus berwaspada dan hanya membeli peralatan elektrik diluluskan.

“Langkah ini bagi mengelakkan kemalangan atau kebakaran yang boleh membawa kecederaan atau kematian. Label SIRIM-ST mengesahkan produk itu selamat untuk digunakan, sekali gus keselamatan pengguna dijamin,” katanya.

Sementara itu, Abdul Razib berkata, sebelum sesuatu peralatan elektrik dijual di pasaran, ia perlu memperoleh Perakuan Kelulusan (COA) daripada ST dan menjalani ujian dan pensijilan oleh SIRIM.

“Peralatan elektrik yang diluluskan perlu dilekatkan dengan label SIRIM-ST atau mempunyai Tanda Pensijilan SIRIM.

“ST hanya mengeluarkan COA kepada pengeluar dan pengimport E&E untuk perkakas yang memenuhi standard dan keperluan keselamatan yang relevan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Elektrik 1994,” katanya terdapat 34 kategori, termasuk 199 barang sub-kategori produk

elektrik dikawal selia oleh ST merangkumi peralatan rumah bervoltan rendah.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews