fbpx

Perlu kekal Rt 0.5 untuk putuskan rantaian Covid-19

Foto: Soya Cincau

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 kurang daripada satu kepada kekal 0.5 untuk memutus dan membendung penularan wabak itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini jangkaan kes dari 20 September 2020 sehingga 31 Mei 2021 mengikut unjuran kadar Rt adalah 1.1 dan 1.2.

Menerusi carta yang dikongsi di laman Twitternya hari ini, menunjukkan bilangan kes yang menurun tetapi tidak lagi mencecah bawah 2,000 kes.

Bagaimanapun Rt turun daripada 1.09 pada 4 Februari lalu sehingga semalam ia mencecah 0.89.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.89,” katanya dalam satu lagi ciapan, semalam.

Jumlah kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan penurunan dengan 2,464 kes direkod semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 264,269 dengan jumlah kebolehjangkitan iaitu 49,490 kes.

Selangor masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,103 kes diikuti Johor dengan 492 kes dan Kuala Lumpur iaitu 154 kes.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews