fbpx

Bayu Artik, ribut salji landa sebahagian besar AS

Seorang penduduk di Fort Worth, Texas di AS dilihat membersihkan salji selepas ribut salji melanda 26 negeri mengakibatkan cuaca sejuk melampau. - Foto: BBC

HOUSTON: Ribut musim sejuk yang luar biasa melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) semalam, menyebabkan hujan salji dan ais di Texas serta suhu sejuk melampau di pesisiran pantai.

Gabenor Texas, Greg Abbott, mengeluarkan deklarasi bencana di negeri itu dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NSW) melaporkan lebih 150 juta penduduk AS sudah dimaklumkan mengenai amaran ribut.

“NWS menyifatkan cuaca buruk ini sebagai luar biasa dan meliputi kawasan yang luas selain dijangka menyaksikan rekod baru bagi suhu terendah.

“Saya gesa semua penduduk Texas berwaspada dan berjaga-jaga menghadapi cuaca buruk ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PowerOutage.US, lebih 2.6 juta penduduk terputus bekalan elektrik di Texas manakala suhu di Houston turun sehingga negatif sembilan darjah Celsius.

Presiden AS, Joe Biden, mengeluarkan deklarasi kecemasan bagi pagi kelmarin dengan menawarkan bantuan persekutuan bagi menyokong kerajaan negeri menangani bencana alam itu.

Jalan diliputi ais turut mengakibatkan banyak kemalangan termasuk yang membabitkan 100 kenderaan di Fort Worth, Texas minggu lalu, mengakibatkan enam orang terbunuh. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews