fbpx

Ricciardo idam podium buat McLaren

Lando Noris (kanan) dan Daniel Ricciardo bersama kereta F1 MCL35M sandaran McLaren musim ini- Foto: McLaren/AFP

Paris: McLaren meletakkan sasaran merapatkan jurang dengan Mercedes apabila musim baharu Formula Satu (F1) bermula tatkala pemandu baharu, Daniel Ricciardo mengimpikan kedudukan podium buat pasukan itu.

Pelumba Australia berusia 31 tahun itu, menyertai pasukan pengeluar dari Renault, akan dibarisi bersama pelumba Britain berusia 21 tahun, Lando Norris yang berjaya menduduki tempat ketiga di Grand Prix Austria, musim lalu selain membantu McLaren memperoleh tempat ketiga bagi kategori pengeluar.

“Seperti yang saya lihat, setiap pasukan mempunyai peluang untuk berada di podium,” kata Ricciardo dalam pelancaran secara virtual.

“Semoga pengalaman dan motivasi saya akan muncul di puncak dalam apa jua pertempuran yang saya lalui. Saya pasti mempunyai cita-cita untuk berada di podium.

“McLaren mengharungi perjalanan yang mengagumkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan saya tidak sabar untuk membantu pasukan mengekalkan momentum positif ini.”

Norris menamatkan saingan di tempat kesembilan bagi kategori pelumba pada 2020 tetapi persediaannya untuk musim baharu terganggu pada Januari apabila terpaksa menjalani kuarantin di Dubai selepas diuji positif Covid-19.

“Saya rasa tidak bermaya, letih selama beberapa minggu, tetapi saya kini pulih sepenuhnya,” katanya.

“Saya sangat yakin dapat meneruskan musim ini dengan mengetahui apa sebenarnya yang saya mahukan.”

McLaren, memasuki musim ke-54 mereka di F1, menamatkan musim lalu dengan baik di belakang Mercedes, termasuk gelaran penyandang juara tujuh kali bagi pemandu dan juara kategori pengeluar.

Namun mereka berharap enjin baharu yang diedarkan oleh Mercedes akan membantu pasukan berkenaan bersaing merebut kejuaraan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews