fbpx

Ronaldo janji bangkit di Portugal

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo mahu melupakan kekalahan dalam saingan domestik dan mencari kemenangan pada Liga Juara-Juara.

PORTO, Portugal: Cristiano Ronaldo kembali ke negara asalnya Portugal buat pertama kali sebagai pemain Juventus ketika pasukannya akan berdepan Porto awal pagi Khamis ini dengan gergasi Itali itu akan melawan antara kelab terkuat Eropah dalam saingan Liga Juara-Juara.

Di atas padang, Juve masih mencari keserasian dengan pengendali baharu, Andrea Pirlo namun mereka mahukan kegemilangan di Eropah selepas kalah lima final Liga Juara-Juara sejak kali terakhir menang pada 1996.

Sementara itu di luar padang, Pengerusi mereka, Andrea Agnelli menjadi seorang daripada individu yang merancang perubahan untuk saingan kelab elit benua itu.

Juventus mendominasi Serie A sejak dekad lalu tanpa menang Liga Juara-Juara.

Porto pula menjadi kelab tunggal bukan dari liga ‘Lima Terbesar’ berada dalam kelompok 16 terakhir dengan kedua-duanya menang kejuaraan Eropah sebanyak dua kali.

Buat kelab dari Turin itu, kejayaan di Eropah musim ini tampak lebih penting ketika doninasi domestik semakin berkurangan ketika harapan Pirlo untuk kemenangan ke-10 Scudetto berdepan masalah.

Kekalahan 1-0 di tangan Napoli Sabtu lalu menyebabkan Juventus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Inter Milan, walaupun memiliki satu perlawanan dalam tangan.

“Kekalahan ini tidak melemahkan kami,” kata Ronaldo.

“Mari kuatkan semangat dan fikirkan mengenai Liga Juara-Juara.”

Porto sementara itu meraih keputusan seri dalam empat perlawanan domestik dan kini 10 mata di belakang pendahulu liga, Sporting Lisbon. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews