fbpx

Saringan sejarah kesihatan dilakukan sebelum seseorang layak terima vaksin

Foto: Forbes

PUTRAJAYA: Saringan alahan dan sejarah kesihatan lain akan dilakukan sebelum seseorang vaksin disahkan layak untuk menerima vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin, tidak diberi suntikan vaksin COVID-19.

“Selepas seseorang penerima diberikan suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin, sebelum penerima vaksin itu dibenar pulang.

“Ini bagi memastikan tiada reaksi alahan yang serius berlaku, sejurus selepas menerima suntikan vaksin,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di sini, hari ini.

Seperti vaksin lain, Muhyiddin berkata, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan sampingan yang ringan seperti sakit atau bengkak di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, menggigil dan demam.

“Walaupun kesan sampingan serius seperti anafilaksis boleh berlaku, namun ia jarang berlaku. Sekiranya berlaku kesan sampingan serius seperti anafilaksis, rawatan segera akan diberikan.

“Pemantauan berterusan akan dibuat bagi menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin sepanjang Program Imunisasi COVID-19 dilaksanakan. Tindakan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan kepada hasil pemantauan dan penilaian program secara berterusan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts