fbpx

Sebulan tertunda, AJL35 diteruskan 14 Mac depan

SELEPAS terpaksa ditunda bulan lalu, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) kini dijadualkan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada hari Ahad, 14 Mac 2021, 9 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, pihaknya telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu.

“Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.

“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

“Bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya dalam satu kenyataan.

(From left) This year’s show will be hosted by popular showbusiness personalities Haziq Hussni, Sherry Alhadad and Awal Ashaari. ― Pictures via Instagram/Haziq Hussni, Sherry Alhadad, Awal Ashaari
Haziq Hussni, Sherry Alhadad, dan Awal Ashaari

AJL35 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari pada awalnya dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP.

Untuk maklumat lanjut, para penonton boleh layari www.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews