fbpx

KPDNHEP bongkar penyelewengan gas petroleum cecair bersubsidi

KUALA LUMPUR: 18 Feb — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), merampas 113 tong gas petroleum cecair (LPG) 50 kilogram (kg) dan 206 tong gas LPG 14kg dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM147,270, dari sebuah premis di Puchong.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Shamsul Nizam Khalil berkata, dalam serbuan pada Selasa di premis kilang yang dijadikan stor simpanan LPG itu, tiga orang turut ditahan.

“Semasa serbuan beberapa barang ditemui di premis itu seperti hos paip serta ais batu yang digunakan bagi tujuan pemindahan gas LPG bersubsidi 14kg ke dalam tong LPG industri 50kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961, kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, melibatkan aktiviti memindahkan gas LPG.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews