fbpx

“Nd sayang mama” – Ibu Radin Era meninggal dunia

KUALA LUMPUR:IBU kepada penyampai radio Era, Radin menghembuskan nafas terakhirnya, pada Khamis.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Radin melalui hantaran di laman rasmi Instagram miliknya.
Menurut Radin, ibunya, Allahyarham Feridah Hashim meninggal dunia pada pukul 9.25 pagi.
 
“Assalamualaikum wbt… Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H,” katanya melalui kemas kini tersebut.
 
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, juga meminta rakan-rakannya untuk mendoakan kesejahteraan ibunya.
 
Personaliti radio itu bagaimanapun, tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai pemergian ibu tercintanya.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts