KAHERAH: 18 Feb — Seluruh wilayah Lubnan terputus bekalan elektrik berikutan salji lebat melanda negara itu, lapor Agensi Berita Sputnik memetik syarikat tenaga nasional.
“Akibat ribut salji yang melanda Lubnan, laluan voltan tinggi dari grid tenaga Lubnan berlebihan pada pukul 4.35, Rabu (14:35 GMT), setelah semua stesen janakuasa terputus dari grid tenaga,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, seperti dipetik saluran penyiaran LBC.
Pasukan perkhidmatan penyelenggaraan sedang berusaha untuk memulihkan bekalan tenaga.
Sumber: BERNAMA