fbpx

SKMM proaktif tangani masalah capaian internet seluruh negara

Foto: Amanz

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil pelbagai tindakan proaktif dalam menangani masalah capaian internet di seluruh negara.

Menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi Korporatnya, tindakan itu bagi mempertingkatkan capaian Internet di seluruh negara demi kemudahan penduduk menikmati perkhidmatan internet berkualiti serta menjalani kehidupan lebih baik.

“Tindakan jangka pendek dan panjang susulan pelbagai laporan media berhubung masalah capaian internet lemah khususnya yang dihadapi pelajar, kawasan perkampungan serta langkah menaik taraf dan membina menara baharu mengikut keperluan setempat.

“Misalnya SKMM sudah melakukan tinjauan di lokasi di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor susulan laporan BH yang melaporkan sekumpulan pelajar terpaksa belajar di bawah pokok nangka dan di atas bukit dalam ladang kelapa sawit berikutan capaian internet lemah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sebuah menara baharu sedang dibina berdekatan dengan lokasi terbabit yang dijangka beroperasi pada hujung Mac ini, dilihat mampu memberi penyelesaian jangka pendek.

“Namun bagi penyelesaian jangka panjang, sebuah menara komunikasi di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dibina di perkampungan Orang Asli Changkat Ramu.

“Jarak antara kedua-dua lokasi itu hanya 2.1 kilometer dan proses pembinaan menara berkenaan dijangka bermula pada awal tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, SKMM juga akan terus menjalankan pemantauan terhadap tindakan yang sudah diambil serta mengambil langkah susulan supaya masalah capaian Internet di seluruh negara dapat ditangani dengan menyeluruh.

Berkenaan masalah capaian internet lemah di Kampung Sungai Tengar, Tebuk Mufrad, Sabak Bernam,Selangor, SKMM sudah mengadakan lawatan ke lokasi aduan dan berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail bagi mendapatkan maklumat lanjut selain menyemak kualiti liputan rangkaian telekomunikasi.

“Sebagai penyelesaian jangka pendek, SKMM sudah menghubungi syarikat telekomunikasi berkenaan untuk melaksanakan pengoptimuman antena menara komunikasi di kampung terbabit dan dijangka siap menjelang hujung bulan ini.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, sebuah menara baharu akan dibina di kawasan aduan di bawah pelan JENDELA dan kerja pembinaan menara dijangka bermula pada hujung tahun ini.

Katanya, SKMM juga mengambil maklum isu liputan selular lemah di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga, Pahang dan sudah mengarahkan syarikat telekomunikasi, Celcom melaksanakan kerja pengoptimuman pada menara Kampung Paya Mentiga dan dijangka siap pada hujung Mac ini.

Berhubung capaian internet lemah di Kampung Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, SKMM sudah mengarahkan penyedia perkhidmatan melaksanakan kerja pengoptimuman antena menara komunikasi berdekatan bagi meningkatkan kualiti capaian internet di kawasan terbabit dan dijangka siap pada hujung bulan depan.

“Dalam penyelesaian jangka panjang, sebuah menara baharu dicadang untuk dibina di kawasan Kampung Orang Asli yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Tadika Nur Najihah di bawah pelan JENDELA akan datang.

Secara keseluruhannya, SKMM juga sedang menaik taraf menara komunikasi di Kampung Payong, Setiu; Kampung Bukit Chempedak, Kampung Jerong Seberang, Kampung Jerong Surau dan Kampung Jerong Tuan, Pengkalan Berangan dekat Marang, Terengganu di bawah pelan JENDELA dan dijangka bermula pada suku kedua 2021.

Di samping itu, sebuah menara komunikasi baharu akan dibina di Kampung Bukit Chempedak di bawah pelan JENDELA yang akan

bermula pada awal tahun 2022.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews