fbpx

Kemuka borang cukai bermula Mac ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

Menurutnya, pembayar cukai yang masuk untuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pengenalan peribadi (PIN) terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

“Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan mengatur semula kata laluan boleh dilakukan secara dalam talian melalui emel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.

“Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan mengatur semula kata laluan e-Filing boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau datang ke kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, LHDN menjangkakan hampir 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 akan diterima daripada majikan berdaftar.

Katanya, bagi Borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan 3.27 juta borang akan diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 dalam tahun 2020.

“Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pautan

http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf untuk capaian pantas.

“Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts