MELBOURNE: Serena Williams meninggalkan sidang media Terbuka Australia dalam keadaan berlinangan air mata selepas tewas pada aksi separuh akhir kepada Naomi Osaka.
Usaha bintang Amerika Syarikat untuk menjulang kejuaraan Grand Slam ke-24 berakhir kekalahan kepada pemain Jepun yang memenangi tiga kejuaraan utama, Naomi, dengan keputusan 6-3, 6-4.
Serena melambaikan tangan kepada peminat dengan wajah penuh makna yang menyaksikan saingan itu di Rod Laver Arena hingga mencetus tanda tanya mengenai masa depan pemain berusia 39 tahun itu.
“Saya tidak tahu. Andai saya mengucapkan selamat tinggal, saya tidak akan memberitahu kepada sesiapa.”
Berlinang air mata Serena apabila ditanya mengenai kesilapan yang kerap dilakukan ketika berdepan Naomi.
“Saya tidak tahu. Saya sudah selesai,” katanya sebelum beredar.
Serena berterima kasih kepada peminatnya dengan ciapan ringkas di Instagram selepas perlawanan itu.
“Hari ini bukan hasil atau prestasi yang ideal tetapi ia berlaku. Saya sangat berbangga dapat beraksi di hadapan anda semua,” tulisnya.
“Sokongan anda, sorakan anda, saya berharap dapat melakukan lebih baik untuk anda hari ini.
“Saya selamanya berhutang dan berterima kasih kepada anda semua.”
Sasaran Serena untuk menyamai rekod pencapaian utama Margaret Court bermula sejak kembalinya ke gelanggang pertarungan selepas cuti bersalin pada 2018.
Selain masih mampu beraksi selain memberi saingan kompetitif di peringkat tertinggi kejohanan Serena dilihat berpeluang cerah mencatat rekod Slam pada kejohanan akan datang.
Sumber: Harian Metro