fbpx

Waris bayi dicari

WARIS kepada seorang bayi perempuan dicari selepas diserahkan ibunya kepada pasangan ahli perniagaan di Hospital Selayang pada 28 Disember tahun lalu.

PUTRAJAYA: Waris kepada seorang bayi perempuan dicari selepas diserahkan ibunya kepada pasangan ahli perniagaan, Mohd. Ridzuan Muda dan Rusnilawati Salleh di Hospital Selayang pada 28 Disember tahun lalu.

Ibu kepada bayi itu merupakan seorang warga Indonesia, Kharani Nasution yang berkahwin dengan lelaki tempatan, Mat Jais Mat Noor.

Disebabkan ketiadaan dokumen lengkap, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia dan mereka terpaksa menanggung kos bersalin sebanyak RM8,000.

Pasangan berkenaan berjaya melangsaikan kos bersalin dan bayi itu diserahkan kepada mereka kerana tidak mampu menyara keluarga disebabkan bapa bayi tersebut sudah kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun selepas dua bulan menjaga, pasangan tersebut tidak dapat menghubungi semula ibu bayi itu bagi memudahkan proses pengambilan anak angkat yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sehubungan itu, mana-mana waris kepada bayi tersebut diminta tampil menghubungi Mohd. Rdzuan di talian 011-1158 5613.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews