fbpx

Hasil jerih payah tinggalkan keluarga 5 bulan, penerbit ‘Mortal Kombat’ menangis akhirnya…

PENERBIT filem, Todd Garner menangis kerana terharu dengan reaksi peminat selepas menonton trailer filem Mortal Kombat yang terbaharu.

Menurut Todd, dia terharu kerana segala penat lelahnya untuk menerbitkan filem ini mendapat sambutan baik dari peminat filem Mortal Kombat.

“Saya membaca reaksi anda mengenai trailer dan saya menangis,”

“Kadangkala peminat lupa bahawa ada orang di sebalik filem ini dan saya secara peribadi terpaksa berpisah dengan keluarga hampir lima bulan untuk menjayakan filem ini,” katanya di laman Twitternya pada Khamis.

Dia juga menyatakan bahawa tangisannya itu adalah tangisan kegembiraan.

Bukan sahaja Todd, malah filem ini juga diterbitkan bersama dengan pengarah filem seram terkenal kelahiran Malaysia iaitu James Wan.

Filem Mortal Kombat kali ini mendapat sentuhan Simon McQuoid sebagai pengarah filem.

Antara pelakon yang menjayakan filem aksi ini ialah Lewis Tan,Jessica McNamee, Josh Lawson, Tadanobu Asano, Mehcad Brooks, Ludi Lin, dan Chin Han.

Filem aksi ini dijangka menemui peminat pada 16 April 2021 di pawagam dan juga secara penstriman di HBO Max

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews