fbpx

Gresini meninggal dunia kerana Covid-19

PARIS: Bekas juara dunia MotoGP, Fausto Gresini meninggal dunia pada usia 60.

Gresini diuji positif Covid-19 pada malam Krismas dan bergelut dengan virus yang membawa maut itu sehingga dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital dekat Bologna.

“Berita yang kami tidak mahu berikan, dan malangnya kami terpaksa berkongsi dengan anda semua.

“Selepas hampir dua bulan bertarung menentang Covid, Fausto Gresini akhirnya meninggal dunia, beberapa hari selepas menginjak usia 60 tahun menurut kenyataan pasukan Gresini Racing di laman sosial hari ini.

Gresini, dilahirkan di Imola, Itali, memulakan karier dalam arena perlumbaan pada usia 17 tahun dan pada 1983 dia menyertai pasukan MBA.

Kemuncak kerjayanya hadir pada 1958 apabila dia memenangi kejohanan dunia buat pertama kali bersama Garelli dalam kelas 125cc.

Pencapaian keduanya disusuli dua tahun kemudian sebelum menyertai pasukan Honda bagi mengembangkan karier perlumbaannya.

Gresini berlumba 132 times dengan 21 kemenangan, 15 kali di tempat kedua dan 11 di tempat ketiga.

Dia juga memegang rekod kejuaraan terbanyak semusim dalam kelas 125cc dengan 10 kemenangan.

Gresini beralih kepada pengurusan pasukan pada 1997 bersama pasukannya yang menang tiga kejuaraan bersama Daijiro Kato pada 1997, Toni Elias pada 2010 dan Jorge Martin pada 2018.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews