fbpx

Penduduk alami gangguan bekalan air sejak 10 tahun

BEBERAPA penduduk menunjukkan tangki air yang disediakan untuk menyimpan air berikutan gangguan bekalan air kerap berlaku di Taman Armada, Kuala Kedah hari ini.

ALOR SETAR: Lebih 25,000 penduduk di beberapa buah kampung dan taman perumahan di sekitar Kuala Kedah di sini mendakwa kerap mengalami gangguan bekalan air bersih sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Malah terdapat beberapa buah kampung langsung tidak mendapatkan bekalan air didakwa tidak mendapat bekalan air bersih sejak setahun lalu.

Penduduk mendakwa walaupun mereka tinggal di kawasan pinggir bandar Alor Setar, namun tidak mendapat bekalan air yang dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan secukupnya.

Seorang penduduk, Bok Che Napiah, 55, dari Kampung Tepi Laut di sini mendakwa sebanyak kira-kira 100 buah rumah di kampung itu tidak mendapat bekalan air bersih sejak setahun lalu.

Menurutnya, keadaan lebih buruk, penduduk juga tidak dapat air perigi yang digali kerana air masin.

Katanya, air sungai yang berdekatan pula tidak dapat digunakan kerana kotor dan tidak selamat kalau diminum.

“Saya terpaksa membeli air mineral yang dijual di kedai-kedai untuk memasak pada setiap hari manakala pakaian pula terpaksa dibasuh di kedai-kedai dobi.

“Dalam sebulan, saya berbelanja lebih RM1,000 untuk membeli air dan membasuh pakaian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Hafiz Omar, 38, dari Taman Sri Putra pula berkata, penduduk di taman perumahan ini sebelum ini bukan sahaja sering mengalami gangguan bekalan air tetapi air yang diterima berbau busuk sehingga tidak dapat digunakan.

Menurutnya, beliau kesal apabila SADA lambat bertindak menyiasat punca bekalan air tersebut walaupun dia telah membawa sempel air yang berbau busuk itu ke pejabat SADA.

“Penduduk di taman perumahan ini sering mengalami gangguan bekalan air dan apabila bekalan pulih, air pula berbau busuk.

“Bekalan air tersebut berbau busuk selepas air longkang dipercayai masuk ke dalam saluran paip air sebelum disalurkan ke rumah penduduk,” katanya.

Mohd. Zabidi Ramli, 41, dari Taman Armada, berkata, kebanyakan penduduk di taman perumahan ini terpaksa menyediakan dua hingga lima tangki air pelbagai saiz untuk menampung bekalan air.

“Tangki air yang disediakan itu tidak dapat menampung air yang cukup kerana bekalan air cuma pulih dalam masa beberapa jam sahaja dan tidak tentu masa,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris mencadangkan kepada SADA untuk menyediakan pam khas untuk memastikan bekalan air dapat diterima oleh penduduk terjejas bagi penyelesaian jangka masa pendek.

“Masalah bekalan air di kawasan itu dijangka pulih sepenuhnya selepas Loji Rawatan Air Pelubang siap dalam masa tiga hingga empat tahun lagi,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews