fbpx

Penghidap HIV harus diberi keutamaan terima vaksin

Foto: Forbes

KUALA LUMPUR: Majlis AIDS Malaysia (MAM) menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan yang mengutamakan Orang yang Hidup dengan HIV (ODHIV) untuk menerima vaksin COVID-19.

Presidennya, Datuk Dr Christopher Lee, berkata program imunisasi adalah untuk memastikan wujudnya ‘herd immunity’ dalam masyarakat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sekaligus mengakhiri wabak COVID-19.

Susulan itu, MAM menyarankan supaya semua ODHIV diberi vaksin tanpa mengira jumlah CD4 ( jenis sel darah putih dalam sistem imun) di dalam badan selari dengan garis panduan antarabangsa.

“Vaksin selamat diberikan kepada ODHIV kerana ia bukanlah ‘live vaccine’,”katanya dalam kenyataan, di sini.

MAM berkata, pihaknya bersetuju dengan saranan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa bahawa ODHIV boleh diberikan vaksinasi COVID-19 dengan selamat.

“Memandangkan belum ada kajian menunjukkan sebaliknya, kita seharusnya mengalakkan ODHIV divaksinkan terhadap COVID-19 kerana terbukti bahawa orang yang mempunyai penyakit sedia-ada seperti HIV akan lebih terkesan dengan jangkitan COVID-19,” kata kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews