fbpx

TracVirus di KLIA mempercepat kemasukan pelawat

SEPANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menggunakan aplikasi TracVirus di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi mempercepat kemasukan pelawat ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata aplikasi itu akan dimulakan secara percubaan selama dua minggu, bermula esok.

Katanya, aplikasi itu dibangunkan oleh syarikat tempatan dan mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Aplikasi ini boleh diisi secara dalam talian dan dapat menjimatkan masa serta tidak perlu berbaris panjang, ketika memasuki negara ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan memantau petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA) di sini, malam ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Sekatan menyeluruh elak kes import COVID-19
Ujian COVID-19 tidak boleh terburu-buru
Undi pos dari Liverpool diterima di Parlimen Wangsa Maju
Individu langgar protokol gelembung Liga M berdepan pengasingan
Aplikasi itu akan memudahkan individu dari luar untuk memasuki negara ini, berbanding ketika ini apabila pengembara perlu mengisi borang secara manual, bagi memasukkan maklumat diri, termasuk keputusan ujian saringan COVID-19.

Ia boleh dimuat turun di Google Playstore dan App Store menggunakan lapan bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandrin, Thailand, Korea, Jepun, Indonesia, Inggeris dan Arab.

Mohd Redzuan berkata, aplikasi TracVirus itu boleh menjejaki secara langsung lokasi individu yang menggunakanya.

Katanya, dengan adanya aplikasi ini ia boleh menggalakkan gelembung perjalanan dan individu yang memasuki negara ini berasa selamat.

“Selain itu, aplikasi ini boleh memantau secara langsung (mengikut masa sebenar) dan APM juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan, bagi mempermudah perkongsian data.

“Sekiranya aplikasi ini berjaya, ia akan diperluas untuk digunakan di tempat lain bagi menggalakkan gelembung perjalanan,” katanya.

Sumber: BH Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews