fbpx

Gempa bumi sederhana gegar utara Laut Maluku, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. 

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts