fbpx

Perez selesa pandu jentera Red Bull

LONDON: Sergio Perez mengakui sangat selesa memandu jentera Red Bull buat kali pertama selepas melengkapkan sesi ujian selama dua hari di Silverstone.

Pemandu dari Mexico itu yang menggantikan Alex Albon di Red Bull untuk musim baharu, menguji jentera ketika litar basah dan kering pada Isnin dan Selasa.

“Ia sangat menakjubkan. Melihat nama saya di kereta adalah sesuatu yang istimewa. Umpama impian menjadi kenyataan.

“Kami melakukan banyak perkara dan saya teruja dengan perkembangan semasa jentera.

“Saya sudah memandu jentera seperti ini selama tujuh tahun. Tapi agak sukar juga untuk menyesuaikan diri saya dengan saiz kokpit dan tempat duduk.

“Apapun kami sedang bekerja keras dan setakat ini memperoleh apa yang kami mahukan.

“Yang pasti, saya berasa selesa dengan kereta ini.

“Kesesuaian di dalam kokpit sangat penting, jadi apabila kami tiba di Bahrain, saya dapat menyesuaikan diri dan fokus kepada prestasi jentera pula,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews