fbpx

Pitas diisytihar kawasan penyakit Demam Babi Afrika

(JPVS) hari ini isytihar wabak Demam Babi Afrika (ASF) di daerah Pitas.

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) hari ini mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di daerah Pitas berikutan penemuan virus berkenaan dalam babi yang diternak di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata berikutan pengisytiharan itu, JPVS diberi kuasa mengambil tindakan bagi menghalang penularan penyakit ASF mengikut Subseksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015.

Tindakan yang akan diambil jabatan itu termasuk memusnahkan babi di kawasan yang terjejas, selain mengawal aktiviti mengangkut dan menjual produk babi yang berasal dari kawasan berkenaan.

“Pada masa yang sama, premis dan kampung yang dikenal pasti berlaku wabak akan dinyah kuman. JPVS juga akan menjalankan kempen kesedaran bagi meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap penyakit itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Pemusnahan babi di kawasan yang terjejas akan dilaksanakan secepat mungkin memandangkan ASF adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit dan tiada ubat atau vaksin untuk menghalang penyakit berkenaan.

Setakat ini, katanya dianggarkan 2,500 babi dalam lingkungan 50 kilometer dari Pitas terbabit dalam pemusnahan itu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri berkata, kerajaan akan menimbang untuk memberi pampasan kepada penternak yang babi mereka dimusnahkan JPVS berdasarkan kadar yang akan ditentukan kemudian.

“Kaedah kawalan ini akan diselaraskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

“Tujuan utama kita ialah untuk menghalang penularan penyakit ini ke ladang ternakan babi secara komersial di Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penyakit ASF tidak menjejaskan pengeluaran babi untuk kegunaan tempatan yang dianggarkan bernilai RM300 juta setahun.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews