fbpx

SPRM sah siasat Thinagaran dan Xavier kes rasuah

AZAM BAKI

PUTRAJAYA 24 Feb. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan telah dibuka pihaknya terhadap Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran dan bekas menteri yang juga Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar terhadap kes rasuah.

“Terserah kepada mereka untuk bercakap apa sahaja tetapi saya mengesahkan ada siasatan terhadap kedua-duanya,” kata beliau dalam sesi dialog Program Lucheon Talk Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama Pengarang Media Bahasa Melayu
di Ibu Pejabat SPRM di sini tengah hari ini.

Baru-baru ini SPRM mengesahkan telah menahan seorang Timbalan Pengerusi sebuah parti politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh itu ialah dua pengarah syarikat. 

Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi tersebut. 

Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews