fbpx

APMM tahan 2 bot Vietnam, rampasan bernilai RM3 juta

Foto: spa8i.net

KUALA TERENGGANU: Cubaan tekong dan nelayan dua bot nelayan Vietnam melarikan diri dengan memotong pukat ketika mencuri hasil laut di perairan negara ini gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Kedua-dua bot nelayan asing itu ditahan kapal Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Op Kuda Laut pada jarak 130 dan 132 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, antara jam 2.30 petang hingga jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam operasi itu, seramai 38 nelayan Vietnam termasuk tekong berusia antara 15 hingga 70 tahun ditahan membabitkan rampasan bernilai RM3 juta.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya yang melakukan rondaan itu terserempak dengan dua bot berkenaan yang ketika itu melakukan aktiviti menangkap ikan.

Beliau berkata, kumpulan nelayan Vietnam yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak memotong pukat untuk melarikan diri namun tindakan pantas anggotanya berjaya menggagalkan cubaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 38 kru termasuk tekong di dalam bot berkenaan dengan kesemuanya tidak memiliki dokumen sah.

“Berdasarkan hasil tangkapan di dalam kedua-dua bot berkenaan iaitu 150 kilogram (kg) di setiap bot, kami percaya dua bot nelayan ini baru memasuki perairan negara kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Muhammad Suffi berkata, semua nelayan ditahan bersama 300 kg hasil tangkapan laut, 3,000 liter diesel dan bot bersama peralatan menangkap ikan.

Katanya, bot bersama semua nelayan yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana tekong serta kru tidak memiliki dokumen sah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews